Friday, July 23, 2010
puasa kian menjelma..
tahun ni kite akan berpuasa pada 11 ogos 2010.megikut kelandar islam.bersamaan dgn 1 ramadan 1431 ...raye 10 sep 2010 bersamaan dgn 1 syawal 1431...erm x sabar nye..
mari kite renungkan bersama2...~___^bulan yang mulia akan datang ni..
erti puasa:-
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
erti pose bagi anak2 atau kanak2..:_
ada kisah..yang baik untuk di baca..
Bila memandang bekas air Yana, saya teringat pula pada bekas air saya semasa di dalam Tahun Satu. Seperti biasa, saya akan membawa air ke sekolah dan akan meletakkannya di atas meja berhampiran pintu. Terdapat juga botol-botol lain yang berbagai bentuk di situ.
Tahun itu adalah tahun pertama saya menyambut Ramadhan sebagai seorang pelajar. Seorang guru perempuan masuk.
"Bangun!" Ketua kelas memberi arahan sebelum memberi salam dan diikuti oleh lebih 30 orang pelajar. Seingat saya ada 34 orang (mungkin lebih) di dalam satu kelas. Sekolah saya kecil sahaja, jadi setiap tahap hanya ada satu kelas dan kami akan belajar di dalam kelas yang sama sehingga tamat sekolah rendah.
Setelah mengambil kedatangan pelajar, guru tersebut pun sambil tersenyum bertanya kepada kami, "Siapa puasa hari ini?"
Saya tidak pasti adakah terdapat pelajar lain yang tidak mengangkat tangan. Apa yang saya tahu dengan ikhlasnya saya mengangkat tangan.
"Cikgu, Azrina tipu. Dia tak puasa," kata Jumali. Saya tidak ingat siapa ketua kelas ketika itu, mungkin Jumali kerana dia ini peramah dan ada gaya pemimpin.
"Saya puasalah!" Saya mempertahankan diri. Saya yakin saya puasa sebab pagi tadi saya bersahur. Mak dan Abah saya yang bangunkan saya, kemudian menyuruh saya bersahur pada pukul 6.30 pagi.
Jumali tidak berpuashati. Entah kenapa dia ini suka sungguh mencari pasal dengan saya. Saya memang geram dengan dia ini dan memang selalu bertegang leher sehingga tamat darjah 6.
"Dia tak puasa. Tengok tu Cikgu, dia bawa botol air," kata Jumali sambil menuding ke arah meja di tepi pintu. Satu kelas ketawa. Argghhh.. malunya... betullah saya tak puasa. Tapi, kenapa Mak Abah kata saya puasa? Sudah bersahur pula tu. Walaupun ada betulnya kata-kata Jumali, saya tetap yakin saya berpuasa. Jadi saya terus-terusan juga mengatakan saya berpuasa. In the state of denial...maybe...
Pada waktu tengahari pula, saya dan rakan-rakan seangkatan akan pergi ke belakang kantin dan makan bekalan yang dibawa di situ. Saya masih ingat saya pernah menikmati buah tembikai di situ. Nikmat betul makan sambil menyorok di bulan puasa. Walaupun begitu, saya tidak pula merasa bersalah. Kenapa ya? Sebab saya masih kata saya berpuasa.
Ada ketikanya musuh ketat saya, Jumali, akan ke belakang kantin dan mengejek-ngejek kami kerana tidak berpuasa.
"Tak malu.. tak puasa.. " katanya sambil berlagu-lagu. Saya kira lagu itu boleh masuk Juara Lagu TV3. Untung-untung kalau menang saya dapat tumpang sekaki sebab idea lagu itu datang sebab saya.
"Kalau kamu puasa kenapa kamu datang ke sini? Tak malu tengok orang makan. Kamu nak ke?" Giliran kami pula berlagu-lagu dalam kemarahan.
Provokasi itu berjaya menghalau musuh dari teritori kami dan kami akan teruskan makan sebelum bermain batu seremban atau guli dengan lima batu di ruang hadapan kantin.
Pada bulan puasa, dua permainan ini memang popular. Maklumlah, bila bulan puasa takkan nak main getah atau polis sentri pula, nanti kelihatan macam tak puasa. Ironik juga bila diingatkan, macamlah orang tak tahu yang kami ni tidak berpuasa. Apa agaknya yang kami fikir ketika itu, ya? Mungkin kami telah dididik agar menghormati bulan puasa, jadi aktiviti yang bakal menyebabkan kami minum air yang banyak pada waktu siang harus dikurangkan.
Begitulah rutin saya dan rakan-rakan seangkatan sehingga kami sudah pandai berpuasa. Saya pun tidak ingat bila saya mula berpuasa. Mungkin semasa darjah 3 atau 4. Sekarang ini giliran saya pula untuk mendidik Yana berpuasa. Saya harap kuah tidak tumpah ke nasi :P
Berkenaan Jumali pula, saya tidak pasti apa jawatannya yang sebenar, tetapi dia sering menjadi bilal di masjid sebelah rumah saya. Saya dengar isterinya seorang guru fardhu ain. Walaupun duduk sekampung, tetapi saya sudah lama tidak bertembung dengannya bila saya pulang. Hanya mendengar suaranya melaungkan azan. Mungkin kadang-kadang menjadi imam. Sungguh berbaloi dia bising dahulu bila saya tidak berpuasa...
macam ragam budak sekarang ni...jadikan la sebagai tauladan ye...pose jgn x puasa...hahahaha
x pose x bleh raye...betul2...~____^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makcik. ini bab ibadah ek? boleh score A++ SPM ni. hahaha. bagus la makcik ni. rajin buat ulangkaji lepas spm. ahahaha
ReplyDelete